Jumaat, 9 Mei 2014

Sistem Bahasa : Kata Nama Am

Definisi kata nama am:

Menunjukkan nama secara umum yang merujuk kepada manusia, benda, haiwan, tempat dan tumbuhan.

Huruf pertama pada setiap kata nama am perlulah ditulis dengan huruf yang kecil.

Contoh:

1. Manusia
a). penonton
b). gadis
c). tetamu
d). kakak
e). cikgu

2. Benda
a). congkak
b). gasing
c). kayu
d). bola
e). sikat

3. Haiwan
a). kucing 
b). arnab
c). ayam
d). burung
e). anjing

4. Tempat 
a). surau
b). masjid
c). kedai
d). taman
e). sungai

5. Tumbuhan
a). timun
b). bendi
c). lalang
d). kubis
e). pokok

Contoh ayat:

1. Nani selalu membawa adik ke taman.

2. Adam suka bermain congkak.

3. Yee Ling suka membela kucing.

4. Ibu berjalan ke pasar.

5. Kakak membeli timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan