Jumaat, 9 Mei 2014

Sistem Bahasa : Kata Nama Khas

Definisi kata nama khas:
Merujuk kepada sesuatu benda secara khusus.
Menggunakan huruf besar pada setiap huruf pertama perkataan.

Contoh:

1. Manusia
a). Puan Lela
b). Encik Rahimi
c). Cikgu Khairul
d). Dr. Wong
e). Adam

2. Tempat
a). Masjid Jamek
b). Zoo Negara
c). Taman Titiwangsa
d). Kedai Buku Bestari
e). Sungai Besi

3. Benda
a). Milo
b). Adidas
c). Proton Saga
d). Komputer Dell
e). Buku Kamus Dewan Bahasa

4. Haiwan
a). Si Tompok
b). Sang Kancil
c). Comel
d). Pak Belang
e). Kitty


5. Tumbuhan
a). Bunga Orkid
b). Limau Mandirin
c). Pisang Tanduk
d). Bunga Raya
e). Daun Keladi

Contoh ayat:

1. Encik Rahimi seorang usahawan.

2. Abang mengikuti lawatan ke Zoo Negara.

3. Ayah membeli kereta Proton Saga.

4. Nama kucing itu ialah Si Tompok.

5. Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan